Gambar....

Sunday, August 2, 2009

Himpunan Mansuhkan ISA

Tumpang cerita dari ayah lagi sekali....

Alhamdulillah, semalam ayah dan pakcik Jemil menjadi antara org yang mencipta sejarah dibumi Malaysia ini. Ini kerana ayah dan rakan rakannya yang lain telah dipilih oleh Allah untuk menjadi sebahagian dari jutaan manusia yang turun bersama sama menentang akta ZALIM ISA di Kuala Lumpur.

Berikut adalah beberapa keping gambar untuk tatapan dan kenangan sebagai pembakar semangat kepada kami utk terus memperjuangkan agar akta zalim ini dimansuhkan...


Aksi Pakcik Jemil, takut pakai baju tu katanya... hanya diguna untuk lap muka dan peluh.



Tgk tu, muka ayah dan pakcik serta mata mereka merah menyala dek kerana terkena asap pemedih mata yang amat pedih kata ayah...


Garam ditangan yang diguna utk mengembalikan semula tenaga kata ayah... Masyaallah, teruk jugak halangan yg dihadapi oleh ayah dan peserta lain dalam menegakkan keadilan.


Antara jutaan yang hadir.. ini gambar depan.


Ini pula dibarisan belakang kata ayah... atas jambatan tempat ayah tangkap gambar ni, ayah kata penuh jugak mcm kat bawah tu..


Gambar pakcik (baju kuning) berjalan dari Masjid Negara bersama lautan manusia.


Tu dia ramainya mereka yang menentang ISA!!


Ayah kata pakcik ni berusia 72 tahun, bersama isteri turut serta dalam demo tersebut.


Ayah menjadi perhatian pihak media sebab tertulis NO ISA kat topeng yang ayah pakai tu.


Takbir!!!


Sebelum pulang, ayah singgah makan di Serdang bersama rakan rakan yang lain... Pakcik Azmi (baju oren), kehilangan PDAnya semasa dalam komuter. Angkara penyeluk saku.


Ini antara org Melaka yang turut serta. Makcik Mas dan anaknya Mariam antara mereka yang ditangkap dan dibawa ke Balai Polis dan dibebaskan pada sebelah malamnya.