Gambar....

Sunday, December 28, 2008

Gambar di Perkampungan Buku dan Taman Botanika


Bergambar di pintu masuk utama Taman Botanika dan Perkampungan Buku.


Setahun berlalu sejak kali pertama bergambar disini. (cuba tgk gambar selepas sebulan umurku dan tempat pertama ayah dan ummi bawaku kat bawah sekali blog ini)



Bergambar bersama nenek Mah dan Busu Apis di Pintu Masuk Perkampungan Buku.




Aksi menarik seorang kanak kanak riang... (hehehe, habis kecoh satu bangunan dengan suaraku sambil berlari sana sini)

Friday, December 26, 2008

Beberapa aksi menarik..


Gambar semasa kuliah Subuh di program Kem Aulad, Pantai Pengkalan Balak 16 & 17 Disember. Dalam pelukan ayah sebab sejuk pagi tu.




Aksi istemewa dari saya di tepian pantai. Gambar ni sebelum masuk 'terjun' ke laut.



Aksi tido yg ditangkap oleh ayah sewaktu perjalanan ke Kluang, Johor. Rumah Maklang Siti. Siap promo tuala HSE Day lagi tu. Hehehe

Tuesday, December 23, 2008

Ulang Tahun Pertamaku...

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah, dah setahun umurku semalam, 22 Disember 2008. Untuk pengetahuan semua, kini aku udah pandai berjalan, bergurau dan gelak. Doakan semoga aku akan menjadi anak yang soleh wa musleh. Menjadi kebanggaan ummi dan ayah serta menjadi manusia yang berguna kepada semua mahluk di muka bumi ini. Amin...

Saturday, November 22, 2008

Ke PPWN & PPN 2008

Alhamdulillah, saya telah dapat ikut ayah dan ummi ke Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional (PPWN) dan Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) 2008 di Darul Puteri, Cheras, Kuala Lumpur pada 21, 22 dan 23 November 2008.

Sedikit gabar buat kenangan saya....



Gambar bersama Pak Lang KBM diluar dewan





Gambar didalam dewan




Gambar kenangan bersama YB Adun Hulu Kelang, Hj. Shaari Sungip (Mantan Presiden JIM)

Tuesday, November 18, 2008

Gambar Bayi Paling Ceria Sek. Men. Sultan Alauddin 2008

Alhamdulillah, Jumaat (7/11) yang lepas, saya, ummi dan ayah telah ke majlis jamuan guru di sekolah ummi. Dan salah satu aktiviti malam tersebut ialah pertandingan Bayi Paling Ceria. Saya pun apa lagi, setelah disiapkan oleh ummi dengan baju raya, saya pun beraksi seceria yang boleh dan tanpa disangka telah menggondol hadiah tempat pertama pertandingan tersebut.

Ayah suruh saya buat 'mata cantik' dan tepuk tangan depan pengadil, saya hanya ikut aje... Tapi itulah aksi yang paling ceria dan menggawatkan dewan makan tersebut. Terima kasih kepada para pengadil dan pengetua sekolah atas kemenangan saya ini.

Tahun depan adik saya pulak ye.... :)



Gambar hadiah yang telah saya menangi...



Lihat gaya saya... macam seorang juara. hehehe...



Siapa sangka bayi yang ditengah tengah tu boleh menang pertandingan Bayi Paling Ceria ek... :)

Thursday, October 9, 2008

Ucapan Terima Kasih

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua orang baik di belah keluarga ummi atau keluarga ayah atas 'duit raya' yang telah diberi kepada saya baru baru ini. Sungguh tak sangka banyak sekali orang bermurah hati untuk mrnyumbang duit raya kepada saya.
Saya mohon maaf kerana setiap kali orang bagi duit atau ang pau, saya akan 'campak' duit tersebut. Bukan niat nak buang duit yang orang bagi tapi itulah tabiat seorang kanak kanak yang apabila menerima duit raya. tak terkecuali saya... hehehe. Kalau saya terus masuk ke dalam poket nanti pelik pulak orang kata. "Kecik kecik dah pandai simpan duit dalam poket" orang akan kata. Atau nak masuk ke dalam dompet, ayah tak beli kan lagi. so, sekarang ni ummi yang masukkan ke dalam beg tangan nya.
Insyaallah ayah dan ummi kata mereka akan masukkan ke dalam tabung haji atas nama dan akaun saya dalam mas terdekat. Hari Isnin lepas dah ke Tabung Haji Masjid Tanah, tapi orang ramai sangat. Ummi kata, setiap kali raya, dia akan masukkan duit tersebut kedalam tabung berkenaan sehingga lah saya besar. (Tapi tahun depan dah kena bukak 2 akaun sebab insyaallah baby saya dah pandai salam dan 'campak' duit yg orang bagi pulak)... hehehe. Ummi mesti senyum kalau baca ini.
Terima kasih sekali lagi ye.. kepada mereka yang masih belum bagi dan dah ada niat nak bagi, insyaallah saya masih terima walaupun dah terlambat sebab mungkin masih belum ketemu saya barangkali. (seronoknya raya, kalau tiap tiap bulan ada hari raya, lagi seronok agaknya...)
Semoga Allah akan membalas jasa baik semua dan menambahkan lagi rezeki yang telah dikurnia kepada kita.
Firman Allah, "Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya seksa-Ku amat pedih."
Syukur seperti inilah yang Allah suka. Dia akan tambah lagi nikmat-Nya, untuk `cover` balik apa yang dikorbankan ke jalan Allah itu.
p/s : Insyaallah tahun depan tuan tuan kena tambah budget sebab adik saya ada... hehehe

Wednesday, October 1, 2008

Aku Berhari Raya...


Gambar kenangan di rumah pakcik ummi di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh



Macam berpakat pulak kami tahun ni...'Suratan atau Kebetulan'.



Gambar bersama ayah dan ummi dipagi hari raya...



Paktam, pakcik, ude, busu dan mak andak serta nenek dan datuk...

Monday, September 8, 2008

Lagi Gambar Terbaru ku...

Seronoknya sebab kamera ayah dah boleh guna semula... lihatlah gambar terbaru minggu lepas yang diambil masa baru balik beli songkok raya.
Yang ini pulak gambar di rumah nenek. Saje je nak tunjuk gigi 2 batang yang baru tumbuh

Yang ni pulak nak tunjuk topi yang baru org bagi... yang tanda merah kat dahi tu jangan ditanya kenapa. Biasa lah anak lelaki, mesti ada tanda kenangan selepas aksi 'terbang' dirumah. Baik bengkaknya dah hilang... hehehe. Ummi mesti senyum kalau tgk ni.
Posing cute dari saya untuk semua... Selamat Berpuasa.

Friday, August 22, 2008

Gambar comel ku...






Lagi beberapa gambar comel ku yang ditangkap oleh ayah.... jgn copy dan bagi org lain tau... hehehe

Aku di Pantai Port Dickson




Gambar kenangan di Pantai Puteri dan Pantai Port Dickson Negeri Sembilan. Semasa bersama ayah, ummi, nenek, mak long, makngah dan ramai lagi mak sedara dan sepupu di majlis HRM Department Gathering 2008. Seronok sungguh dapat main tepi pantai yang cantik..

Friday, July 11, 2008

Gambar Ayah Di Litar Sepang


Just to share gambar ayah masa pergi program F1 tempoh hari. Dapat duduk kat depan pit katanya. Harga tiket punya le mahal...RM1900 untuk seorang. Ayah kata sekadar nak dapat pengalaman tgk F1 secara live. Masa gambar diambil, para pelumba sedang ready untuk dilepaskan... Team Sauber dapat tempat kedua masa tu dan pencapaian terbaik setakat ini di litar Sepang. Minat sungguh ayah dengan lumba kereta F1 ni..

Tuesday, July 8, 2008

Gambarku bersama ummi di UIA Gombak



Lihatlah gambarku bersama ummi dan rakan rakannya semasa Muzakarah Aulad di UIA Gombak pada bulan Mei tempoh hari.. belah kanan sekali kawan auladku yang sama sama turut serta dalam program ini. Semoga kehadiranku pada majlis tersebut akan menjadi inspirasi kepada makcik makcik untuk mengatur program khususnya golongan aulad.

Sunday, June 8, 2008

Aku di Taiping Perak


Bergambar kenanganku bersama pasangan pengantin (Maklang Siti) di Majlis Persandingan di Taiping Perak pada 1 Jun 08. Perjalanan paling jauhku setakat ini.. Ayah tak ikut serta sebab ada majlis perkahwinan supupunya di kampung Sungai Putat. Insyaallah ayah kata akan ke Kinabalu pulak lepas ini. Amin..

Anas di Putrajaya


Gambar kenanganku di Putrajaya selepas pulang dari ziarah sepupuku Talha di IJN. Singgah sebentar sambil merakam kenangan di Putrajaya. Entah bila lah dapat ke Putrajaya lagi.. (Bila aku dah besar nanti, siapalah yang sedang memerintah dan mentadbir Putrajaya ni ye?)

Tak sangka dapat ke Putrajaya, nenekku yang ada bersama pun tak pernah jejak kaki kesini lagi katanya..


Saturday, June 7, 2008

Aku di Pantai Puteri





Gambar kenanganku di Pantai Puteri Melaka pada 4 Jun lalu... lihat lah bagaimana aku boleh duduk di pasir walaupun sebenarnya aku masih belum duduk lagi.. Gambar bersama sepupu sepupuku ketika makan ais krim... gambarku masa makan aiskrim tak boleh tunjuk sebab pasti ayah akan marah ummi kenapa bagiku makan aiskrim. Almaklum, umur baru 5 bulan...hehehe

Ke Labu Seremban aku..


Pada 30 Mei 2008, aku telah ke Labu Seremban untuk menghantar pengantin lelaki sepupu ayah ke majlis nikah... singgah sebentar di tepi jalan sambil bergambar dgn Paktam Lebabku.... Cantik tak baju merah putihku? Bak kata Paktam, baju Umno.. (hehehe). Umno koko, kata ayahku.

Thursday, June 5, 2008

Aku di Taman Botanika


Gambar kenangan di Hutan Rekreasi Ayer Keroh yang sekarang ini dikenali sebagai Taman Botanika Melaka.. masa rambutku belum banyak tumbuh lagi selepas majlis cukur jambul masa berusia 7 hari dulu. Lihat lah gambar ayah dan ummiku yang ceria dan gembira kerana inilah tempat pertama yang aku lawati selepas berumur sebulan lebih... terima kasih ayah dan ummi kerana membawa aku kesini.




Wednesday, June 4, 2008

Gambarku pada bulan Mac 2008





Gambar yang telah dirakam dirumah oleh ayah sebelum ia berangkat ke Kuala Lumpur ke program F1. Sebagai pengubat dikala rindu katanya.. Semoga ayah selamat pergi dan kembali...

Lahirnya aku...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah...

Aku mulakan bicara ini dengan lafas assalamualaikum w.b.t... sekali lagi ku panjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana pada tanggal 22 Disember 2008, tepat jam 9.50 malam bertempat dikamar 7, bilik persalinan Hospital Besar Melaka aku telah dilahirkan kedunia ini.

Disambut dengan penuh kesyukuran oleh ayah dan ummi yang tabah dan cekal menghadapi saat saat genting kelahiranku. Terima kasih ayah dan ummi kerana kesabaranmu menjaga dan sabar menanti saat ini. Dengan laungan azan ditelingaku, berjujuran air matamu..


Berkat doa semua, aku diberi nama MUHAMMAD ANAS sempena majlis aqiqah pada 29 Disember 2007 di kampung Sungai Putat.

Semoga aku ini akan menjadi seorang anak yang soleh wa musleh, serta akan berbakti kepada ibu bapa, bangsa dan agama suatu hari kelak. Amin ya rabbal alamin...