Gambar....

Sunday, June 8, 2008

Aku di Taiping Perak


Bergambar kenanganku bersama pasangan pengantin (Maklang Siti) di Majlis Persandingan di Taiping Perak pada 1 Jun 08. Perjalanan paling jauhku setakat ini.. Ayah tak ikut serta sebab ada majlis perkahwinan supupunya di kampung Sungai Putat. Insyaallah ayah kata akan ke Kinabalu pulak lepas ini. Amin..

Anas di Putrajaya


Gambar kenanganku di Putrajaya selepas pulang dari ziarah sepupuku Talha di IJN. Singgah sebentar sambil merakam kenangan di Putrajaya. Entah bila lah dapat ke Putrajaya lagi.. (Bila aku dah besar nanti, siapalah yang sedang memerintah dan mentadbir Putrajaya ni ye?)

Tak sangka dapat ke Putrajaya, nenekku yang ada bersama pun tak pernah jejak kaki kesini lagi katanya..


Saturday, June 7, 2008

Aku di Pantai Puteri





Gambar kenanganku di Pantai Puteri Melaka pada 4 Jun lalu... lihat lah bagaimana aku boleh duduk di pasir walaupun sebenarnya aku masih belum duduk lagi.. Gambar bersama sepupu sepupuku ketika makan ais krim... gambarku masa makan aiskrim tak boleh tunjuk sebab pasti ayah akan marah ummi kenapa bagiku makan aiskrim. Almaklum, umur baru 5 bulan...hehehe

Ke Labu Seremban aku..


Pada 30 Mei 2008, aku telah ke Labu Seremban untuk menghantar pengantin lelaki sepupu ayah ke majlis nikah... singgah sebentar di tepi jalan sambil bergambar dgn Paktam Lebabku.... Cantik tak baju merah putihku? Bak kata Paktam, baju Umno.. (hehehe). Umno koko, kata ayahku.

Thursday, June 5, 2008

Aku di Taman Botanika


Gambar kenangan di Hutan Rekreasi Ayer Keroh yang sekarang ini dikenali sebagai Taman Botanika Melaka.. masa rambutku belum banyak tumbuh lagi selepas majlis cukur jambul masa berusia 7 hari dulu. Lihat lah gambar ayah dan ummiku yang ceria dan gembira kerana inilah tempat pertama yang aku lawati selepas berumur sebulan lebih... terima kasih ayah dan ummi kerana membawa aku kesini.




Wednesday, June 4, 2008

Gambarku pada bulan Mac 2008





Gambar yang telah dirakam dirumah oleh ayah sebelum ia berangkat ke Kuala Lumpur ke program F1. Sebagai pengubat dikala rindu katanya.. Semoga ayah selamat pergi dan kembali...

Lahirnya aku...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah...

Aku mulakan bicara ini dengan lafas assalamualaikum w.b.t... sekali lagi ku panjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana pada tanggal 22 Disember 2008, tepat jam 9.50 malam bertempat dikamar 7, bilik persalinan Hospital Besar Melaka aku telah dilahirkan kedunia ini.

Disambut dengan penuh kesyukuran oleh ayah dan ummi yang tabah dan cekal menghadapi saat saat genting kelahiranku. Terima kasih ayah dan ummi kerana kesabaranmu menjaga dan sabar menanti saat ini. Dengan laungan azan ditelingaku, berjujuran air matamu..


Berkat doa semua, aku diberi nama MUHAMMAD ANAS sempena majlis aqiqah pada 29 Disember 2007 di kampung Sungai Putat.

Semoga aku ini akan menjadi seorang anak yang soleh wa musleh, serta akan berbakti kepada ibu bapa, bangsa dan agama suatu hari kelak. Amin ya rabbal alamin...