Gambar....

Tuesday, December 1, 2009

Ulang Tahun saya yang Ke 2

Salam...

Lama tak menulis kat blog ni ye... sibuk sikit sebab ayah pun sibuk dengan aktiviti KBM dan Xpertnya...

Just nak maklumkan bahawa hari ni 22 Disember 2009, genaplah umur saya 2 tahun mengikut kalender biasa.

Doakan agar saya menjadi anak yang soleh dan musleh serta menjadi anak yg boleh dibanggakan oleh kedua ibu ayah dan masyarakat umumnya.

Nantikan gambar gambar terbaru dari saya k. Ayah tengah pening sebab kamera nya rosak tu. Byk gambar nak upload tapi tak sempat dan byk aksi menarik tak sempat nak tangkap. Kalau tangkap pun, tak nampak gambarnya...

Sekian dahulu dari saya...

22 Disember 2009

Monday, November 30, 2009

Kem Aulad 2009




Diatas adalah brosure program remaja / aulad untuk musim cuti sekolah 2009 ini. Bagi mereka yang berminat, sila hubungi nompor tertera dengan kadar yg SEGERA. Tempat Terhad!!













Tuesday, November 10, 2009

Misi Kasih Padang 2

Perkongsian Pengalaman ayah ketika Menyertai Misi Kasih Padang 2


Salam Perjuangan….

Alhamdulillah pada 13 hingga 15 Oktober yg lalu, ana dan akhi Aidil Akhbar (JIM KL) telah diamanahkan oleh JKPA dan JIM Media untuk menjayakan Misi Kasih Padang 2 (MKP 2). Ia bertujuan bagi menyediakan bahan presentation untuk persedian Majlis Amal Nusantara (MAN 09) yg dijadualkan pada 17 Oktober.

Syukur kepada Ilahi atas kurniaan masa, tenaga dan kelicinan segala urusan yg memungkinkan perjalannan ini ditangguh atau dibatalkan (ana secara peribadi mendapat arahan ke sana pada jam 10am sehari sebelum berangkat, dgn ketiadaan pasport antarabangsa dan persediaan yg tak seberapa). Walupun ada ketika, cabaran yg dihadapi begitu menguji tahap kesabaran dan keimanan kami (insyaallah akan dikongsikan dalam artikal dari Melaka ke Padang buku Risalah Pemimpin 10). Itu pun bergantung kepada kesempatan mengejar date line yg begitu menekan.

Sedikit gambar bagi menceritakan perjalanan Misi Kasih Padang 2 ini…
Bergambar kenangan sebelum berlepas menaiki pesawat AK 470 Air Asia..
Gambaran dari udara bentuk muka bumi Padang yg berbukit bukau dan tebaran rumah kediaman yg menyukarkan misi bantuan sampai secepatnya.
Bersama diiringi oleh Pak Suryama (Pengerusi PKPU dari Jakarta) dan Pak Faridsyah (Ketua Cabang PKPU Padang) dibelah kanan.
Bergambar kenangan bersama wakil Helping Hand USA (Brother Irfan) disebalah kiri ana dan Vice Mayor Padang (H. Mahyeldi) disebalahnya selepas perbincangan matlamat misi kami dan harapan serta bantuan yg diperlukan oleh pihak berkuasa Padang. Kami dijamu dan dijemput bermalam dirumah beliau.
Antara gambar bantuan barangan keperluan yg dihulurkan….
Ketua MKP 2, saudara Aidil menyerahkan wang berjumlah RM20k kepada Pak Suryama
Keperluan mendesak buat masa ini adalah pembinaan semula sekolah yg musnah selain rumah ikhwah dan akhawat yg terkesan dek gempa tempoh hari. Gambar disalah sebuah sekolah darurat yg dibina.

Insyaallah ana sedang menyiapkan laporan dalam bentuk video (termasuk interview dgn beberapa mangsa gempa) dan akan dikongsiakan dgn semuanya melalui saluran yg sepatutnya…

RM20k yang disumbangkan itu hanya mampu membina sebuah sekolah darurat sahaja. Mengikut kiraan PKPU, terdapat 50 buah sekolah perlu dibina dibawah kawasan perkhidmatannya. Setakat ini, hanya 12 dari 50 itu telah siap dibina dan digunakan.

Semoga perjalanan selama 3 hari dan sedikit usaha yg disumbangkan ini akan memberikan kesedaran kpd kita semua bahawa hubungan ukhuwah sesama islam itu merentasi sempadan negara, parti, agama dan sebagainya. Tak tergambar oleh fikiran bagaimana keadaan mereka sewaktu kejadian dan bagaimana traumanya mereka menghadapi kematian hampir seluruh keluarganya dalam sekelip mata.

Semoga Allah memberi mereka dan kita ketabahan dan kekuatan iman menghadapi ujian ini. Amin… terima kasih kepada semua yg mendoakan kami dan membantu menjayakan misi ini.

Sekian laporan ringkas dari kami,

Zairi & Aidil,
Misi Kasih Padang 2
13 - 15 OKT 2009

Saturday, October 3, 2009

Gambar raya 2009

Salam dan selamat hari raya kepada semua....

Just nak share gambar kami sekeluarga sempena kedatangan syawal baru baru ni. Ni guna kamera org lain. Kamera ayah entah mana diletaknya... so, tak banyak le bergambar. Ini kali kedua ayah tak pasti mana letaknya kamera kesayangannya... doakan agar cepat kami temui kamera tersebut k. Byk aksi kami 2 beradik tak dapat dirakam sebagai kenangan...

Tgk lah aksi kami ni k... sebagai pengubat rindu mereka yang mengikuti blog ini.


Gambar aksi adik ketika diacukan kamera depannya..



Gambar muka mengantuk saya di pagi raya... maklum le, tido lewat dan bangun awal sgt..


Ini warna tema kami tahun ni... coklat muda.


Aksi comel oleh baby comel... sayang adik!

Sunday, August 2, 2009

Himpunan Mansuhkan ISA

Tumpang cerita dari ayah lagi sekali....

Alhamdulillah, semalam ayah dan pakcik Jemil menjadi antara org yang mencipta sejarah dibumi Malaysia ini. Ini kerana ayah dan rakan rakannya yang lain telah dipilih oleh Allah untuk menjadi sebahagian dari jutaan manusia yang turun bersama sama menentang akta ZALIM ISA di Kuala Lumpur.

Berikut adalah beberapa keping gambar untuk tatapan dan kenangan sebagai pembakar semangat kepada kami utk terus memperjuangkan agar akta zalim ini dimansuhkan...


Aksi Pakcik Jemil, takut pakai baju tu katanya... hanya diguna untuk lap muka dan peluh.



Tgk tu, muka ayah dan pakcik serta mata mereka merah menyala dek kerana terkena asap pemedih mata yang amat pedih kata ayah...


Garam ditangan yang diguna utk mengembalikan semula tenaga kata ayah... Masyaallah, teruk jugak halangan yg dihadapi oleh ayah dan peserta lain dalam menegakkan keadilan.


Antara jutaan yang hadir.. ini gambar depan.


Ini pula dibarisan belakang kata ayah... atas jambatan tempat ayah tangkap gambar ni, ayah kata penuh jugak mcm kat bawah tu..


Gambar pakcik (baju kuning) berjalan dari Masjid Negara bersama lautan manusia.


Tu dia ramainya mereka yang menentang ISA!!


Ayah kata pakcik ni berusia 72 tahun, bersama isteri turut serta dalam demo tersebut.


Ayah menjadi perhatian pihak media sebab tertulis NO ISA kat topeng yang ayah pakai tu.


Takbir!!!


Sebelum pulang, ayah singgah makan di Serdang bersama rakan rakan yang lain... Pakcik Azmi (baju oren), kehilangan PDAnya semasa dalam komuter. Angkara penyeluk saku.


Ini antara org Melaka yang turut serta. Makcik Mas dan anaknya Mariam antara mereka yang ditangkap dan dibawa ke Balai Polis dan dibebaskan pada sebelah malamnya.

Thursday, July 30, 2009

KBM MISG, Batang Kali

Alhamdulillah pada 18 & 19 Julai yang lalu, ayah telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan KBM bersama sama team KBM Melaka yang lain berKBM bersama dgn group MISG di Kem Rimba Tamu, Batang Kali Selangor.
Antara yang bersama sama mengendalikan KBM kali ni kata ayah ialah Pak Long, Pakcik Bai, Pakcik Qayyum, Pakcik Jemil, Pakcik Amin dan seorang kawannya.
Sekadar kenangan bersama sama yg lain, disertakan gambar sebagai memori indah untuk dikenang.

Pakcik Bai sedang mengendalikan sesi taklimat


Antara peserta KBM kali ni.. ada yang sedang belajar di US dan rata ratanya akan melanjutkan pelajaran ke US, Kanada, Uk dan lain lain kata ayah.

Ni selepas sesi riadah di dalam sungai kata ayah...

Tgk tu muka mereka, mcm baru bangun tido aje. Ayah kata ni gambar pg sebelum pulang ke Melaka


Gembiranya pakcik Bai... kenapa pulak tu?
Semoga kenangan ini akan menjadi kenangan indah dalam hidup ayah serta para peserta semuanya. Dan semoga mereka semua berjaya di dunia dan akhirat. Amin..

Monday, July 27, 2009

Kami berKatibah di Bkt Piatu

Pada hari Sabtu (25 Julai) yang lalu, ayah telah bawa kami sekeluarga ke program Katibah Keluarga di salah sebuah surau di Bukit Katil. Alhamdulillah kami bersama sama family dan rakan rakan yang lain tido dan berprogram di surau tersebut.

Gambar dibawah menceritakan serba sedikit program katibah keluarga itu..



Pakcik Norazmi sedang memberi kuliah Subuh. Saya berada di pangkuan Ust. Khairozi (duduk membelakangkan kamera)


Bersama sama abg Ahmad, Abg Salahuddin dan Abg Salman. Periuh suasana kata ayah..



Ni gambar semasa sarapan pagi bihun goreng..


Saya bersarapan bersama ummi dan makcik makcik yang lain..


Ni bukti kami tido di sana. Gambar adik Insyirah sedang tidur bersama kawannya (lupa nama pulak) :)

Sekian untuk kenangan kami..

Wednesday, June 24, 2009

Video aku mula menulis...

Salam...

Video terbaru diupload oleh ayah ketika aku menjadi salah seorang peserta di Kem Aulad 2009 di Hutan Rekreasi Sungai Udang. Walaupun belum pandai menulis apatah lagi membaca, tapi semangat utk menulis seperti peserta peserta lain tetap ada.

Ikuti video dibawah yg dirakam oleh ayah ketika aku bersemangat utk menulis. Semoga usaha kecil ini akan menjadi pemangkin kepada semangat ku ini... amin.

Sila klik di button play tu k..

Monday, June 22, 2009

Ayah di KBM SMK Bandar Banting, Selangor

Salam...

Minggu lepas (20 & 21 Jun) ayah ke SMK Bandar Banting utk KBM bersama team KBM KL..

Seperti biasa, sedikit tumpangan berita dari ayah utk semua pembaca...


Gambar peserta 'kasih' dan 'sayang' sebelum penyerahan kepada ibu bapa..


Ole ole yang dibawa balik oleh ayah untuk kami dirumah...


Siap dapat sijil lagi kata ayah... boleh guna nak mohon kerja nanti ye ayah...


Tu dia barisan fasi dan org kuat KBM KL sebelum pulang ke destinasi masing masing. Pak Chik pun ada (dalam KBM dia org panggil Abg Chik kata ayah... duduk belah kanan sekali)


Antara ibu bapa yg turut serta


Peserta Sayang pada hari pertama KBM

Ni pulak peserta kasih...


Tahniah kepada ayah dan team KBM KL... nanti boleh lah jemput ayah ke KL lagi ye...