Gambar....

Thursday, October 9, 2008

Ucapan Terima Kasih

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua orang baik di belah keluarga ummi atau keluarga ayah atas 'duit raya' yang telah diberi kepada saya baru baru ini. Sungguh tak sangka banyak sekali orang bermurah hati untuk mrnyumbang duit raya kepada saya.
Saya mohon maaf kerana setiap kali orang bagi duit atau ang pau, saya akan 'campak' duit tersebut. Bukan niat nak buang duit yang orang bagi tapi itulah tabiat seorang kanak kanak yang apabila menerima duit raya. tak terkecuali saya... hehehe. Kalau saya terus masuk ke dalam poket nanti pelik pulak orang kata. "Kecik kecik dah pandai simpan duit dalam poket" orang akan kata. Atau nak masuk ke dalam dompet, ayah tak beli kan lagi. so, sekarang ni ummi yang masukkan ke dalam beg tangan nya.
Insyaallah ayah dan ummi kata mereka akan masukkan ke dalam tabung haji atas nama dan akaun saya dalam mas terdekat. Hari Isnin lepas dah ke Tabung Haji Masjid Tanah, tapi orang ramai sangat. Ummi kata, setiap kali raya, dia akan masukkan duit tersebut kedalam tabung berkenaan sehingga lah saya besar. (Tapi tahun depan dah kena bukak 2 akaun sebab insyaallah baby saya dah pandai salam dan 'campak' duit yg orang bagi pulak)... hehehe. Ummi mesti senyum kalau baca ini.
Terima kasih sekali lagi ye.. kepada mereka yang masih belum bagi dan dah ada niat nak bagi, insyaallah saya masih terima walaupun dah terlambat sebab mungkin masih belum ketemu saya barangkali. (seronoknya raya, kalau tiap tiap bulan ada hari raya, lagi seronok agaknya...)
Semoga Allah akan membalas jasa baik semua dan menambahkan lagi rezeki yang telah dikurnia kepada kita.
Firman Allah, "Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya seksa-Ku amat pedih."
Syukur seperti inilah yang Allah suka. Dia akan tambah lagi nikmat-Nya, untuk `cover` balik apa yang dikorbankan ke jalan Allah itu.
p/s : Insyaallah tahun depan tuan tuan kena tambah budget sebab adik saya ada... hehehe

Wednesday, October 1, 2008

Aku Berhari Raya...


Gambar kenangan di rumah pakcik ummi di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh



Macam berpakat pulak kami tahun ni...'Suratan atau Kebetulan'.



Gambar bersama ayah dan ummi dipagi hari raya...



Paktam, pakcik, ude, busu dan mak andak serta nenek dan datuk...