Gambar....

Monday, April 27, 2009

AJK Tempat ke? Biar Betul??

Salam....

Alhamdulillah, dalam kesibukan ayah bekerja hari ni sempat jugak meluangkan masa bersama sama kami sekeluarga untuk menjalankan satu lagi tugas yg perlu diselesaikan dengan secepat mungkin iaitu survey ke tempat Kembara Keluarga Jumaat dan Sabtu akan datang ini.
Nak taknak kami semua kena pergi kata ayah, sebab ayah telah menggunakan kuasanya melantik kami sekeluarga menjadi ajk Kembara Keluarga tersebut (sebab kami antara yg hadir meeting tempoh hari)
Sedikit gambar dibawah ini menceritakan apa yg telah kami buat petang tadi. Saksikanlah ye...



Suatu pemandangan yang menarik bakal menanti para peserta nanti. Ada buaian ditepi tasik lagi tu... perh, siapa yak pergi rugi!! kompom rugi!!



Salah satu lagi acara yg menarik jugak menanti para peserta, oleh itu siapkan baju basah ye... jgn taknak basah pulak. Tak dapat kami nak tolong.



Ini dia barisan ajk yg telah ayah lantik. Saya (yg baju merah) selaku ajk tempat, Adik (berbaju putih) ajk kebersihan dan ummi (baju biru, ajk pendaftaran dan makanan). Ayah pulak, (tgh ambik gambar), pula ajk tempat dan ajk acara.


Perh!!! Salah satu sudut yg menenangkan... tak sabar rasanya!!


Tu dia ajk tempat sedang menunjukkan tempat yg akan menjadi cabaran para peserta nanti...



Ini pula tempat mandi para peserta. Sekali mandi, boleh muat 45 orang beb!!


Ini dia tempat yg dimaksudkan "Kem Lambaian Danau" menanti anda semua. maaf kena tukar tempat sebab ada masalah teknikal sedikit. Tgk jam kat kamera tu, jam 7.32 pm baru kami keluar dari tempat tu.


Singgah solat magrib di masjid ini. Indah sungguh permandangan malam hari masjid ni. Nak tahu namanya, tunggu soalan kembara nanti ye.. (biar suspen sikit)


Cuba teka kat mana ni? Ni lah tempat kami menjamu selera malam selepas pulang dari Jasin. terima kasih kepada 'makcik' yang sponsor makan malam kami.

Sekian laporan dari saya,
Ajk Tempat,
Kembara Keluarga JIM 2009

No comments: