Gambar....

Thursday, April 30, 2009

Ya Allah....

Salam...


Dalam kesibukan seharian, kami berdua adik beradik dilanda masalah kesihatan yg amat menduga. Tak tahu lah sebab musim atau apa, tapi yg menjadi kenyataannya sekrang ni ialah kami berdua di landa DEMAM PANAS. Dua hari lepas ayah dan Ummi telah bawa berjumpa doktor Suriya uk mendapatkan rawatan.
Buat pertama kalinya kami daftar 2 nama utk jumpa doktor. Kesian ummi kerana terpaksa buat perkara yg memang dia tak suka iaitu ambik cuti dari tugas mengajarnya. Sory ye ummi...
Malam tadi saya meragam sebab badan panas sangat walaupun makan ubat mengikut jadual . Kesian pulak kat ayah yg terpaksa berjaga malam menjaga kami berdua (siang memang penat sekarang ni sebab ayah tgh buat projek mengecat rumah orang)
Semoga ianya akan manjadi penambah keimanan kami sekeluarga dalam menghadapi kehidupan ini.
Terima kasih ayah, terima kasih ummi. Kami sayang ayah dan kami sayang ummi!!




"Ya Allah, kau sihatkan lah kami berdua agar kami dapat melaksanakan tugas yg telah diamanahkan esok dan lusa. Kau berilah kekuatan dan keazaman yg tinggi kepada kami berdua agar program yg dirancang akan dapat dilaksanakan... amin"

Gambar saya dan adik sedang tidur... Letih menjalankan tugas sebagai ajk tempat dan ajk kebersihan utk kembara keluarga JIM 2009. Semoga demam kami tidak menjadi halangan kepada tugas yg diamanahkan...

p/s : Boleh ke kami duduk dalam kem tu kalau badan masih begini???

No comments: