Gambar....

Monday, May 25, 2009

Ayah ke Gua Batu Maloi

Ni gambar ayah semasa ke program Rehlah Ikhwah pada 24 Mei 2009. Di Gua Batu Maloi, Johol NS kata ayah. Saya tak dapat ikut sebab bawah umur. Ayah bawak balik gambar aje... hee, jeles nya tengok sebab tak dapat ikut.


Ni gambar ayah dengan Busu Apis. Bestnya dapat main jacuzzi tu...



Gambar busu Apis. Yang kat belakang tu cari apa?


Waduh... posing istimewa dari ayah. cari ikan ke ayah?


Bergambar bersama Busu Udin dan Abg Amin Utem.


Lagi posing dalam gua..


Ha... ni pasti nak tangkap kelawar tu bawak balik kan?


Wah, gembiranya mereka semua...


Rakan rakan ayah sebelum masuk gua..



Tengok apa tu ayah? Tergamam semacam aje...

Sunday, May 3, 2009

Alhamdulillah, lancar semuanya..

Salam...
Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan iman, tenaga, masa dan kekuatan dalam melaksanakan segala perintahnya.
12 keluarga dgn 15 buah kereta berjaya mengharungi berbagai halangan dan rintangan...


Walaupun masih demam dan tak larat nak bermain seperti rakan rakan yg lain, aktiviti kembara yg telah diatur dapat berjalan dgn jayanya... malam lepas balik dari kembara ayah bawa saya sekali lagi ke klinik dan doktor sahkan saya ada ulser dalam mulut. Sebab tu tak selera nak makan walaupun lapar. Asyik merengek aje... kesian ayah dan ummi.

Bagi menceritakan semuanya, lawatilah address dibawah ini yg telah diuploadkan oleh ayah ke Youtube untuk tatapan semua.

Terima Kasih kepada semua yang terlibat ye...

http://www.youtube. com/watch? v=0CdyWzF_ 5TE

Untuk video hari ke 2, lawati pulak atau klik aje kat address dibawah ni...

Bagi sesiapa yg nak copy, sila lah ye. Hak Cipta terpelihara tetapi Mesra.... hehehe

http://www.youtube. com/watch? v=YNjsJZ83Nuw

Thursday, April 30, 2009

Ya Allah....

Salam...


Dalam kesibukan seharian, kami berdua adik beradik dilanda masalah kesihatan yg amat menduga. Tak tahu lah sebab musim atau apa, tapi yg menjadi kenyataannya sekrang ni ialah kami berdua di landa DEMAM PANAS. Dua hari lepas ayah dan Ummi telah bawa berjumpa doktor Suriya uk mendapatkan rawatan.
Buat pertama kalinya kami daftar 2 nama utk jumpa doktor. Kesian ummi kerana terpaksa buat perkara yg memang dia tak suka iaitu ambik cuti dari tugas mengajarnya. Sory ye ummi...
Malam tadi saya meragam sebab badan panas sangat walaupun makan ubat mengikut jadual . Kesian pulak kat ayah yg terpaksa berjaga malam menjaga kami berdua (siang memang penat sekarang ni sebab ayah tgh buat projek mengecat rumah orang)
Semoga ianya akan manjadi penambah keimanan kami sekeluarga dalam menghadapi kehidupan ini.
Terima kasih ayah, terima kasih ummi. Kami sayang ayah dan kami sayang ummi!!




"Ya Allah, kau sihatkan lah kami berdua agar kami dapat melaksanakan tugas yg telah diamanahkan esok dan lusa. Kau berilah kekuatan dan keazaman yg tinggi kepada kami berdua agar program yg dirancang akan dapat dilaksanakan... amin"

Gambar saya dan adik sedang tidur... Letih menjalankan tugas sebagai ajk tempat dan ajk kebersihan utk kembara keluarga JIM 2009. Semoga demam kami tidak menjadi halangan kepada tugas yg diamanahkan...

p/s : Boleh ke kami duduk dalam kem tu kalau badan masih begini???

Wednesday, April 29, 2009

Kembara Mencari apa ni?







Apa kena mengena gambar dibawah dengan Kemabar Keluarga nanti? Nantikan debarannya k...

Selamat berkembara kepada mereka yang terlibat. Yg tak terlibat pun selamat jugak k...

Monday, April 27, 2009

AJK Tempat ke? Biar Betul??

Salam....

Alhamdulillah, dalam kesibukan ayah bekerja hari ni sempat jugak meluangkan masa bersama sama kami sekeluarga untuk menjalankan satu lagi tugas yg perlu diselesaikan dengan secepat mungkin iaitu survey ke tempat Kembara Keluarga Jumaat dan Sabtu akan datang ini.
Nak taknak kami semua kena pergi kata ayah, sebab ayah telah menggunakan kuasanya melantik kami sekeluarga menjadi ajk Kembara Keluarga tersebut (sebab kami antara yg hadir meeting tempoh hari)
Sedikit gambar dibawah ini menceritakan apa yg telah kami buat petang tadi. Saksikanlah ye...



Suatu pemandangan yang menarik bakal menanti para peserta nanti. Ada buaian ditepi tasik lagi tu... perh, siapa yak pergi rugi!! kompom rugi!!



Salah satu lagi acara yg menarik jugak menanti para peserta, oleh itu siapkan baju basah ye... jgn taknak basah pulak. Tak dapat kami nak tolong.



Ini dia barisan ajk yg telah ayah lantik. Saya (yg baju merah) selaku ajk tempat, Adik (berbaju putih) ajk kebersihan dan ummi (baju biru, ajk pendaftaran dan makanan). Ayah pulak, (tgh ambik gambar), pula ajk tempat dan ajk acara.


Perh!!! Salah satu sudut yg menenangkan... tak sabar rasanya!!


Tu dia ajk tempat sedang menunjukkan tempat yg akan menjadi cabaran para peserta nanti...



Ini pula tempat mandi para peserta. Sekali mandi, boleh muat 45 orang beb!!


Ini dia tempat yg dimaksudkan "Kem Lambaian Danau" menanti anda semua. maaf kena tukar tempat sebab ada masalah teknikal sedikit. Tgk jam kat kamera tu, jam 7.32 pm baru kami keluar dari tempat tu.


Singgah solat magrib di masjid ini. Indah sungguh permandangan malam hari masjid ni. Nak tahu namanya, tunggu soalan kembara nanti ye.. (biar suspen sikit)


Cuba teka kat mana ni? Ni lah tempat kami menjamu selera malam selepas pulang dari Jasin. terima kasih kepada 'makcik' yang sponsor makan malam kami.

Sekian laporan dari saya,
Ajk Tempat,
Kembara Keluarga JIM 2009

Friday, April 24, 2009

Kembara Keluarga JIM 2009



Stiker kereta yang akan digunakan semasa Kembara Keluarga JIm 2009 pada 1 & 2 Mei nanti...

Tuesday, April 14, 2009

Gambar aku dan adikku...

Salam...

Setelah sekian lama tak posting gambar sebab beberapa masalah teknikal, kini tataplah gambar kami berdua yg terbaru.. dah besar dah rupanya kami ni ek? hehehe... perasan le pulak.



Gambar ketika berenang di Hotel Seri Warisan, Ayer Keroh bersama dua org abg yang baru ku kenal dan pinjamkan pelampungnya... terima kasih ye.


Gambar comel Insyirah... cantik tak?



Gambar ketika bermain air pancut di Dataran MBMB. Ni namanya lemas diatas darat..




Gambar di Taman 1000 Bunga Ayer Keroh bersama sepupuku..Abg Mohamad, Kak Aishah dan Kak Umairah. Aksi comel mereka..



Aksi menarik dari adikku Insyirah... khas buat pengunjung blog ini..

p/s : tunggu beberapa keping gambar menarik lagi slps ni k.. Byk sangat yg nak dikongsikan sebenarnya...

KBM Felda Neram, Kemaman Terengganu

Disertakan gambar kenangan ayah bersama team KBM dari Melaka semasa mengendalikan KBM di SMK Felda Neram, Kemaman Terengganu ada 27 & 28 Mac 2009. Jauhnya ayah pergi berKBM.


Gambar kenangan ayah bersama Team KBM dari Melaka di Pintu Masuk Felda Neram Satu...baju ayah macam besar aje? hehehe... jgn marah ayah ye..


Tu dia hidangan nasi dagang dari tuan rumah sebelum ayah balik ke Melaka. First time makan nasi dagang kata ayah.. Tak bawak balik melaka pun ayah?


Barisan fasi dan pengendali... cuba teka diamana ayah?


Ada minuman free ke ayah?


Macam kumpulan nasyid le pulak. Mesti ayah yg tukang ambik gambar kan? Sebab tu ayah takde..

Friday, January 30, 2009

Poster / Banner Bebaskan Palestin!!

Sejak 27 Dis 08, saudara-saudara kita di Palesyin telah dihentam, dibunuh, dibom tanpa perikemanusiaan oleh Yahudi Laknattullah!! Ayuh kita gembeling tenaga utk sebarkan kesedaran kepada ummat islam agar kita memboikot mereka dan barangan keluaran mereka!
Ya Allah, kau selamatkan saudara seislamku di bumi Anbiya sana, kau berilah kekuatan untuk mereka melawan musuh musuhmu dan kau berilah kemenangan kepada mereka. Amin ya rabbal alamin..




Boikot Coca-Cola!!!


Boikot Israel dan US!!



Ya Allah... Selamatkan Gaza!!


p/s : Para pembaca dibenarkan utk copy banner di atas dan sebarkannya... semoga usaha kita yg kecil ini akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t.

Thursday, January 22, 2009

Gambar kempen Palestin Ayah


Gambar ayah semasa bagi ceramah Isu Palestin


Bergambar kenangan dgn Dr. Hafidzi (Pengarah PACE) kata ayah..














Gambar terbaru Nur Insyirah



Hehehe... Ini lah gambar terbaru adik saya yang botak.. ada serupa saya tak?


Ini gambar perbandingan saya dgn adik saya...

Friday, January 9, 2009

Gambar Ayah di Demo Palestin


Gambar ayah ketika menyertai ribuan rakyat menentang kekejaman Israel di KL Jumaat 9/1/2009


Semasa ucapan wakil parti politik.



Bersama akhawat JIM yang lain yang turut bersemangat (patung tu simbolik kekejaman israel)



Bergambar kenangan selepas demo.. (dari kiri Abg Fauzan, Abg Amin, Abg Ad dan Abg Long)




Ditengah tengah lautan manusia..



Bergambar kenangan dengan Karisma yg turut serta bersama presiden JIM



Antara tugas yg dilaksanakan kata ayah..


Ayah kata perjalanan balik diiringi oleh deretan kereta kebal... (kalau lah kereta kebal ni dihantar ke Gaza utk pejuang Palestin...Masyaallah)




Adikku sayang...

Alhamdulillah, tanggal 5 Januari 2009 lahirlah adikku yang ditunggu tungg. Dengan berat 3.7kg pada jam 11.21 pagi di katil 10 Hospital Besar Melaka puteri sulong ummi dan ayah lahir dengan penuh kesyukuran. Lihat lah gambar kat bawah ni ye...

p/s : Lepas ni adik saya pun akan menulis jugak dalam blog ini. So, teruskan menjengok k..



Ummi tugaskan saya jaga adik, tapi adik pulak yg jaga saya.. tak patut betul.


Senyuman seawal jam 6.24 pagi.... nama belum ada lagi. Ayah cadang Anis Intifada atau Nur Gaza. OK ke yek?



Alhamdulillah, adik perempuanku yang comel...