Gambar....

Thursday, July 30, 2009

KBM MISG, Batang Kali

Alhamdulillah pada 18 & 19 Julai yang lalu, ayah telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan KBM bersama sama team KBM Melaka yang lain berKBM bersama dgn group MISG di Kem Rimba Tamu, Batang Kali Selangor.
Antara yang bersama sama mengendalikan KBM kali ni kata ayah ialah Pak Long, Pakcik Bai, Pakcik Qayyum, Pakcik Jemil, Pakcik Amin dan seorang kawannya.
Sekadar kenangan bersama sama yg lain, disertakan gambar sebagai memori indah untuk dikenang.

Pakcik Bai sedang mengendalikan sesi taklimat


Antara peserta KBM kali ni.. ada yang sedang belajar di US dan rata ratanya akan melanjutkan pelajaran ke US, Kanada, Uk dan lain lain kata ayah.

Ni selepas sesi riadah di dalam sungai kata ayah...

Tgk tu muka mereka, mcm baru bangun tido aje. Ayah kata ni gambar pg sebelum pulang ke Melaka


Gembiranya pakcik Bai... kenapa pulak tu?
Semoga kenangan ini akan menjadi kenangan indah dalam hidup ayah serta para peserta semuanya. Dan semoga mereka semua berjaya di dunia dan akhirat. Amin..

Monday, July 27, 2009

Kami berKatibah di Bkt Piatu

Pada hari Sabtu (25 Julai) yang lalu, ayah telah bawa kami sekeluarga ke program Katibah Keluarga di salah sebuah surau di Bukit Katil. Alhamdulillah kami bersama sama family dan rakan rakan yang lain tido dan berprogram di surau tersebut.

Gambar dibawah menceritakan serba sedikit program katibah keluarga itu..



Pakcik Norazmi sedang memberi kuliah Subuh. Saya berada di pangkuan Ust. Khairozi (duduk membelakangkan kamera)


Bersama sama abg Ahmad, Abg Salahuddin dan Abg Salman. Periuh suasana kata ayah..



Ni gambar semasa sarapan pagi bihun goreng..


Saya bersarapan bersama ummi dan makcik makcik yang lain..


Ni bukti kami tido di sana. Gambar adik Insyirah sedang tidur bersama kawannya (lupa nama pulak) :)

Sekian untuk kenangan kami..

Wednesday, June 24, 2009

Video aku mula menulis...

Salam...

Video terbaru diupload oleh ayah ketika aku menjadi salah seorang peserta di Kem Aulad 2009 di Hutan Rekreasi Sungai Udang. Walaupun belum pandai menulis apatah lagi membaca, tapi semangat utk menulis seperti peserta peserta lain tetap ada.

Ikuti video dibawah yg dirakam oleh ayah ketika aku bersemangat utk menulis. Semoga usaha kecil ini akan menjadi pemangkin kepada semangat ku ini... amin.

Sila klik di button play tu k..

Monday, June 22, 2009

Ayah di KBM SMK Bandar Banting, Selangor

Salam...

Minggu lepas (20 & 21 Jun) ayah ke SMK Bandar Banting utk KBM bersama team KBM KL..

Seperti biasa, sedikit tumpangan berita dari ayah utk semua pembaca...


Gambar peserta 'kasih' dan 'sayang' sebelum penyerahan kepada ibu bapa..


Ole ole yang dibawa balik oleh ayah untuk kami dirumah...


Siap dapat sijil lagi kata ayah... boleh guna nak mohon kerja nanti ye ayah...


Tu dia barisan fasi dan org kuat KBM KL sebelum pulang ke destinasi masing masing. Pak Chik pun ada (dalam KBM dia org panggil Abg Chik kata ayah... duduk belah kanan sekali)


Antara ibu bapa yg turut serta


Peserta Sayang pada hari pertama KBM

Ni pulak peserta kasih...


Tahniah kepada ayah dan team KBM KL... nanti boleh lah jemput ayah ke KL lagi ye...

Sunday, June 14, 2009

Video Pertama Adik Insyirah...

Salam...

Jika minggu lepas video pertama saya dimasukkan ke dalam blog ini, sekarang saksiakn video pertama adik Insyirah pula. Dirakam semasa Kem Aulad di Hutan Rekreasi Sungai Udang minggu lalu.



Semoga ia ceria selalu... amin

Gambar penyejuk mata... d'danga Bay.

Salam...

Dikongsikan beberapa gambar menarik yang ditangkap oleh ayah semasa perjalanan ke JB baru baru ini. Sekadar penyejuk mata dikala tension katanya...






Ke Kuala Lumpur kami....

Salam...

Alhamdulillah semalam seperti yg dijanjikan oleh ayah, kami sekeluarga dibawa berjalan jalan ke KL. Ini lah kali pertama kami sekeluarga dibawa berjalan sejauh itu. Walaupun ada yang menyatakan tak lah jauh sangat, tapi perjalanan ini amat dihargai kerana ia penuh dengan pengisian yang amat bermakna dalam hidup ayah dan ummi.

Dikongsiakan gambar gambar menarik semasa berlangsungnya Konvensyen Keluarga Duat di Hotel Putra KL semalam (13 Jun 2009).




Inilah barisan pelapis bersama ayah masing masing.. siapa sangka program semalam dapat menghimpunkan kami semua. Ramai lagi sebenarnya kawan kawan kawan kami yang tak masuk dalam gambar ni sebab masa ni program dah habis dan ada yang dah mula beransur pulang.



Ni pulak gambar kenangan bersama Pak cik Bai dan anaknya Izz. Saya dah ada adik, Izz bila pulak? hehehe...


Ni pula aksi ummi masa tulis surat cinta kepada ayah. Begitu tekun ye ummi... panjangnya surat tu...


Dan seperti biasa, ummi memang minat sangat dengan buku buku. Ini antara buku yg dibeli oleh ummi. Ada lagi 4 buah dalam beg biru tu. Rajinnya ummi baca buku kan..


Pemandangan didalam dewan Putra 1. Lebih kurang 100 pasangan yang hadir kata ayah..


Semoga perjalanan 300 kilometer ini akan memberikan kenangan manis buat kami. Dan semoga ayah serta ummi mendapat sesuatu dari ilmu yang dipelajari.. amin.

Kami sampai rumah jam 12.30 malam. Sebab petang tu kami singgah di rumah Tok Lang Ummi di Senawang NS. Ini kali pertama ayah dan ummi ke situ. selepas beberapa kali ingin singgah sejak kahwin dulu. Tok Lang siap kata "dah 2 org anak, baru kau datang ye"... senyum aje ayah dan ummi.

Sekian sedikit perkongsian..

Friday, June 12, 2009

Gambar terbaru kami berdua... comel tak?

Salam..

Disertakan gambar kami berdua yang terbaru sebagai kenangan buat kami. Insyaallah esok kami akan ke KL satu family. Ayah bawak jalan jalan sempena cuti sekolah ni..

Semoga selamat pergi dan pulang... amin.



Gambar adik Insyirah bertudung..



Gambar di Kem Aulad, Hutan Rekreasi Sg Udang



Gambar berdua... mana yang comel?

Lawatan ayah ke SRI Hidayah, JB

Salam...

Semalam 11 Jun 2009, ayah dan Pak Cik Aris telah ke SRI Hidayah di Kampung Sinaran JB utk meeting bersama pihak pengurusan sekolah. Ia bertujuan utk mewujudkan sebuah sekolah sebegitu di bumi Melaka suatu hari kelak. Insyaallah saya doakan usaha murni ayah ini akan mendapat keredaan dari Allah dan semoga dipermudahkan segala urusan. Amin..

Mari kita sama sama doa agar usaha ini akan membawa kepada kewujudan sebuah sekolah agama yang antara pelajarnya ialah saya dan adik Insyirah. Amin...

Sedikit perkongsian dari kamera ayah untuk semua..


Papan tanda sekolah yang tersergam indah...


Gambar kenangan ayah di papan peta SRI Hidayah


Salah satu blok kelas yang terdapat di sana. Pada awalnya 1 tingkat, kemudian ditambah tingkat atas tersebut..


Ini bangunan terbaru. Surau 3 tingkat. Tingkat bawah surau lelaki, tingkat 2 surau wanita dan tingkat 3 dewan utk kegunaan pelajar disitu..


Salah satu 'benda' rahsia yang sempat ditangkap oleh ayah semasa disurau. Bantal 'bucuk' yang penuh dengan azam dan iltizam. hehehe...


Bangunan pejabat yg menempatkan pejabat sekolah rendah dan sekolah menengah...


Ini pula asrama pelajar kata ayah. Sebelah blok utk perempuan dan sebelah yang nampak sikit aje tu blok pelajar lelaki. Tanpa pagar dan alhamdulillah tiada sebarang kes sosial pun setakat ini kata guru besar SRI tu. Masyaallah hebat mereka ni..


Ini pulak suasana dalam bilik meeting. Mana ayah? mesti belakang kamera kan ayah?


salah satu sudut yang sejuk mata memandang...



Ini dia piala yang baru digengam oleh oleh SRI Hidayah di UIA dalam Pertandingan Debat 2009


Insyaallah sama sama kita doakan agar usaha ayah yang sedikit ini akan dipermudahkan dan cita cita mewujudkan SRI di Melaka akan menjadi kenyataan.. Amin..