Gambar....

Friday, June 12, 2009

Lawatan ayah ke SRI Hidayah, JB

Salam...

Semalam 11 Jun 2009, ayah dan Pak Cik Aris telah ke SRI Hidayah di Kampung Sinaran JB utk meeting bersama pihak pengurusan sekolah. Ia bertujuan utk mewujudkan sebuah sekolah sebegitu di bumi Melaka suatu hari kelak. Insyaallah saya doakan usaha murni ayah ini akan mendapat keredaan dari Allah dan semoga dipermudahkan segala urusan. Amin..

Mari kita sama sama doa agar usaha ini akan membawa kepada kewujudan sebuah sekolah agama yang antara pelajarnya ialah saya dan adik Insyirah. Amin...

Sedikit perkongsian dari kamera ayah untuk semua..


Papan tanda sekolah yang tersergam indah...


Gambar kenangan ayah di papan peta SRI Hidayah


Salah satu blok kelas yang terdapat di sana. Pada awalnya 1 tingkat, kemudian ditambah tingkat atas tersebut..


Ini bangunan terbaru. Surau 3 tingkat. Tingkat bawah surau lelaki, tingkat 2 surau wanita dan tingkat 3 dewan utk kegunaan pelajar disitu..


Salah satu 'benda' rahsia yang sempat ditangkap oleh ayah semasa disurau. Bantal 'bucuk' yang penuh dengan azam dan iltizam. hehehe...


Bangunan pejabat yg menempatkan pejabat sekolah rendah dan sekolah menengah...


Ini pula asrama pelajar kata ayah. Sebelah blok utk perempuan dan sebelah yang nampak sikit aje tu blok pelajar lelaki. Tanpa pagar dan alhamdulillah tiada sebarang kes sosial pun setakat ini kata guru besar SRI tu. Masyaallah hebat mereka ni..


Ini pulak suasana dalam bilik meeting. Mana ayah? mesti belakang kamera kan ayah?


salah satu sudut yang sejuk mata memandang...



Ini dia piala yang baru digengam oleh oleh SRI Hidayah di UIA dalam Pertandingan Debat 2009


Insyaallah sama sama kita doakan agar usaha ayah yang sedikit ini akan dipermudahkan dan cita cita mewujudkan SRI di Melaka akan menjadi kenyataan.. Amin..

2 comments:

Anonymous said...

Salam sheikh,

Thanks for d pictures. Mengimbau kembali zaman ana bersekolah hidayah dari darjah 1 hingga ting 5! Dah lama tak jenguk sekolah he he he

Zairi said...

ok...

Ana memang minat ambik gambar. Dan yg paling penting minat nak kongsi dgn org lain. Boleh jugak org mengimbau kenangan lama ek.