Gambar....

Sunday, June 14, 2009

Ke Kuala Lumpur kami....

Salam...

Alhamdulillah semalam seperti yg dijanjikan oleh ayah, kami sekeluarga dibawa berjalan jalan ke KL. Ini lah kali pertama kami sekeluarga dibawa berjalan sejauh itu. Walaupun ada yang menyatakan tak lah jauh sangat, tapi perjalanan ini amat dihargai kerana ia penuh dengan pengisian yang amat bermakna dalam hidup ayah dan ummi.

Dikongsiakan gambar gambar menarik semasa berlangsungnya Konvensyen Keluarga Duat di Hotel Putra KL semalam (13 Jun 2009).




Inilah barisan pelapis bersama ayah masing masing.. siapa sangka program semalam dapat menghimpunkan kami semua. Ramai lagi sebenarnya kawan kawan kawan kami yang tak masuk dalam gambar ni sebab masa ni program dah habis dan ada yang dah mula beransur pulang.



Ni pulak gambar kenangan bersama Pak cik Bai dan anaknya Izz. Saya dah ada adik, Izz bila pulak? hehehe...


Ni pula aksi ummi masa tulis surat cinta kepada ayah. Begitu tekun ye ummi... panjangnya surat tu...


Dan seperti biasa, ummi memang minat sangat dengan buku buku. Ini antara buku yg dibeli oleh ummi. Ada lagi 4 buah dalam beg biru tu. Rajinnya ummi baca buku kan..


Pemandangan didalam dewan Putra 1. Lebih kurang 100 pasangan yang hadir kata ayah..


Semoga perjalanan 300 kilometer ini akan memberikan kenangan manis buat kami. Dan semoga ayah serta ummi mendapat sesuatu dari ilmu yang dipelajari.. amin.

Kami sampai rumah jam 12.30 malam. Sebab petang tu kami singgah di rumah Tok Lang Ummi di Senawang NS. Ini kali pertama ayah dan ummi ke situ. selepas beberapa kali ingin singgah sejak kahwin dulu. Tok Lang siap kata "dah 2 org anak, baru kau datang ye"... senyum aje ayah dan ummi.

Sekian sedikit perkongsian..

No comments: