Gambar....

Tuesday, June 9, 2009

Ayah dan Adik Insyirah Di 'Perkasa'



Salam...

Ayah baru pulang dari Perkasa 2009 di Eco Resort, Bentong Pahang pada 5-7 Jun yang lalu. Pada tarikh yang sama, adik saya Nur Insyirah dimasukkan ke wad Hospital Besar Melaka sebab jangkitan kuman di paru paru. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan adik pun dah makin sihat. Saya pulak terpaksa tinggal dirumah nenek Sg. Putat selama waktu itu. Ini lah kali pertama saya 'berjauhan' bersama ayah dan ummi. Semoga ujian ini akan memperkasakan kami sekeluarga. Amin..
Sepatutnya kami sekeluarga akan pergi, tapi disebabkan saya dan adik demam 4 hari sebelum perkasa dan adik masuk wad, ayah sahaja yang pergi.
Sedikit perkongsian dari gambar yang ayah bawa utk tatapan kami..

Ayah kata mereka sampai jam 7.30 malam. Tepati masa yang diberikan. Pakcik Ammar (pakai baju merah, pakcik Hanuar pakai songkok, makcik Sumayyah pegang tudung dan makcik Rahimah berjubah merah)
Antara aksi lasak yang perlu dilalui oleh semua peserta. Air lumpur ke ayah? Bersih je tangan ayah masa keluar tu:) hehehe
Ni dia kumpulan ayah. Safety First tapi dapat tempat ketiga kata ayah. Tahniah dari saya k..
Ni pun cabaran yang mencabar jugak ye ayah? mereka bawak barang ke dalam baju tu? hehehe
Nampak pakcik Hanuar sedang memasak ayam guna kuali besar. Kata ayah, mereka pinjam di kantin.
Tengok isyarat datok Nahar tu... takkan tak sedap maksudnya kan ayah?
Salah satu hasil yang dipersembahkan. Masa yg diberi hanya setengah jam kata ayah. Kalau 3 jam, tak tahu le apa lagi hiasan yang ada kat situ.
Jinak nya monyet tu ayah kan... kalau ayah bawak balik rumah, boleh jadi kawan saya..

Ni perbincangan sebelum turun main 'war game'. Sampai pukul 2 baru habis perang tu kata ayah.. dan ayah salah seorang yang 'syahid' pada peperangan tersebut.



Gambar ahli kumpulan sebelum turun ke game terakhir...


Ni dia aksi ayah (baju unggu) masa game terakhir... menjaringkan hatrik dari 5 gol masa game terakhir tu..

Bergambar kenangan dgn barisan fasi dan peserta... cuba teka dimana ayah?

Peserta Perkasa dari Melaka (Pakcik Norazmi, Pakcik Ammar, Pakcik Hanuar, Makcik Sumayyah dan makcik Rahimah)
Rindunya adik Insyirah... setelah 2 malam tak tidur bersama. Semoga allah memberi kekuatan kepada adik Insyirah k.. Amin.
Terima kasih kpd makcik Yati yang uruskan kemasukan adik ke hospital dan Tok Tam Rosli yang ambil masa keluar serta mereka yang datang ziarah dan mendoakan adikku ini sihat. Terima kasih sekali lagi. Semoga allah membalas kebaikan anda semua dgn kebaikan..

3 comments:

KrafHATI~little craft for the soul said...

salam akhi seronok tgk gmbr dari kamera anta, terkenang saat indah di Perkasa.. Apa yang PENTING? Kerjasama, Apa yang SAMA? FIKRAH kita..byk ana belajar dari pertemuan kita diperkasa.

fadhli, habbatus sauda'/hamassatus syabab

Abu Anas said...

alhamdulillah... itulah kemanisan berjamaah dan indahnya bila berfikrah. Semoga ia menjadi pemangkin kepada kita utk lebih bersedia sebagai pemimpin suatu masa kelak. Amin...

KrafHATI~little craft for the soul said...

salam akhi seronok tgk gmbr dari kamera anta, terkenang saat indah di Perkasa.. Apa yang PENTING? Kerjasama, Apa yang SAMA? FIKRAH kita..byk ana belajar dari pertemuan kita diperkasa.

fadhli, habbatus sauda'/hamassatus syabab